6.4.09

Back to school 2


Lagi sekali saya kembali ke sekolah!Terpaksa menebalkan muka.Tapi kali ni saya tidak lagi memakai baju kurung seperti minggu lepas.

- Cikgu Mahyuddin : cikgu ambil aje lah pendrive tu.terima kasih banyak banyak cikgu!(:
- Cikgu Siti Samioh : saya makin bulat?!ayoyo cikgu. :D
- Teacher Azora : yeah!i was inspired by you.SERIOUSLY!thank you teacher!(:
- Cikgu laki yang duduk depan Teacher Azora : anda suka memotong perbualan kami! +.+
- Madam Lau : hee.Saya malu sebab add maths saya tak dapat A.

Lepas tu,saya dan Mimi bergerak ke pejabat pos sebab nak hantar borang permohonan universiti.Pertama kali saya masuk ke pejabat pos.Macam cool aje!Siap ada ruang pameran setem lama lama.jakun!

Kami pun kembali kepada rancangan asal iaitu menonton Talentime.Akhirnya!Saya dah bersedia dengan tisu semua sebab ramai orang cakap cerita ni sedih!

Secara total,cerita ni lagi baik daripada filem Yasmin Ahmad yang sebelum ni.Talentime tak meleret,tak komplikated,tak terlalu berat jadi orang mudah faham.Mahesh dan Kahoe comels! :D

Nampaknya,saya terikut jejak langkah manusia yang menitiskan air mata masa tengok cerita ni.Saya nak sangat tahan tapi nya penuh sangat air dalam mata.Jatuh jugak last - last.Scene + lagu masa tu sumpah menyentuh perasaan.Saya peduli apa orang nak kata.Menghayati cerita tu!Bak kata Mimi,hati saya hati tisu.lol.

Ini lah lagu yang membuatkan hati orang jadi sayu dalam Talentime ni ~




**mahu menonton Talentime untuk kali kedua!

No comments: