16.12.09

Kemahiran menulis


" hidup kau baru nak bermula "


Ye ke ? Kalau ikut kad pengenalan dah 18 tahun dulu kot saya hidup . Tapi hidup ini lain ! Dulu masa kecik , tak payah nak kisah tentang pelajaran . Yang penting dapat main kat luar rumah dan mengamuk guling guling , pintal baju Mam Besar sampai koyak sebab nak mainan . Tu je lah kerja nya . Tapi sekarang . Banyak dah lain . iye . Dah pandai duduk hostel . Hebat kan ? Walaupun selalu balik tiap tiap minggu . Tapi biarlah . Isnin sampai jumaat atau mungkin juga cuma hanya sampai khamis , saya ada lekat kat hostel tu . Kelas , arked , petronas aka petrosains , kawan kawan , gelak gelak yang besar punya dan tak kurang juga yang nak cari pasal . fuh . Baru tahu pahit manis seorang remaja kot . acece . ayat . sila tarik bulu kaki saya satu . Hidup di universiti ini bukan senang kot . Studi tu jangan nak kata lah kan . Jujur saya kata , dulu dulu masa semester 1 , tak rasa pun macam dekat universiti . Rasa macam pi kelas tusyen je . ye ! Mungkin faktor kampus ni yang terbaik punya kecil . Terpencil pulak tu . Sadis . Tanya lah orang kuantan kat mana uitm kuantan . Komfem diorang jawab bukit sekilau . heish . Panas gelegak , mental guling guling kalau dengar . Untuk info , kuantan ada 2 kampus uitm , faham ?! ni ming bai ma ? 1 sekilau , 1 padang lalang . Sila ambil perhatian . nanti hadiah birthday , pos ke uitm di padang lalang . Bukan sekilau ! Tau tau tau ! Alamat nanti saya kasi .

Pertama kali duduk di hostel memang bukan benda senang . Kalau dulu kat rumah semua boleh buat ikut suka hati , tak payah nak fikir orang lain selain famili . Mam Besar dengan Papa Nerd dah ajar dari kecil , walau macam mana , KEBERSIHAN NO 1 . Dah dididik sebegitu . Anda , ye anda ! Mungkin rasa diri saya cukup poyo . Tapi , blergh . Ada mak kisah nyah ?! Malangnya , sifat kebersihan tidak dihargai . Malah difitnah . Bawak perangai habat , pengotor tu dari rumah ke serata dunia , payah lah macam tu kan . Bila ditegur suruh bersih sikit , muka mencebik macam jubor , marah macam dia sorang je lah yang layak untuk marah . Salah sendiri padahal . Tapi tak pernah nak mengaku . Ingat diri bagus , ingat diri sempurna . Orang tak bersalah selalu jadi mangsa tuduhan . * ini berdasarkan observasi dari drama – drama melayu lah kan . manusia manusia .

Kawan kawan kat hostel , terima kasih . ja terima kasih ! makanan mesti ada tersimpan untuk aku walaupun aku cakap aku taknak makan . kau memang suka aku gebu kot . jah terima kasih ! aku selalu karut marut kat kau kan . maaf . nadia terima kasih ! walaupun kau kadang – kadang suka buat muka seperti meminta buntut dari aku , kawe nak ghoyah ang beh . azia terima kasih ! kau the dancing skeleton terbaik . wani terima kasih ! kau rela aje bagi aku lengan kau . dan kawan kawan yang lain , maaf nama anda tak disebut di sini . tesl C , group tesl yang terbaik ! ada yang tak suka aku kan samaada dalam diam atau pun secara terang - terangan ! ini adalah risiko yang perlu ditanggung apabila anda seorang yang bising . lol . ampun maaf zahir dan batin dipinta . ehem ehem . dan reza ! perempuan bukan “ arrogant " macam yang kau kata . karang bila aku tegur kau dulu secara tiba – tiba , kau yang pengsan terkejut .

Sebelum masuk universiti ni , Mam Besar selalu kata layan orang macam mana kita nak orang layan kita . masih tersemat di hati ku kata –kata ni . acece . tarik cepat bulu kaki saya ! it’s an order ! benda ini bukan senang nak diamalkan . betul payah ! tak percaya ? tepuk dahi sekuat yang boleh sekarang . gunakan momentum yang tinggi untuk kesan yang lebih efektif . saya dah cuba sebaik mungkin untuk buat benda yang Mam Besar pesan tu . tapi biasalah kan . Syaitonirrojim yang berkeliaran , besawang di dalam diri mungkin agak banyak ye rakan – rakan . Jadi , rasa tak puas hati tu ada lah sebab kadang – kadang orang tak buat baik pun balik kat kita walaupun kita dah tolong dia memacam . tak adil kan kan ? Mam Besar kata tu dugaan . Tapi penat lah maaa . Nak duduk rumah je lah . Tak sakit hati . Tapi tu mustahil . Tak fierce lah gitu nyah kan kan ! Hati kena kental .

Yang ini lagi satu . Kau , kau dan juga kau ! Ye lah kau . Pandang belakang tu apahal . Dari kau duduk mengata kat belakang , siap tambah perencah fakta – fakta dan pendapat yang salah untuk bagi sedapkan cerita kau yang banyak menyeleweng dari yang betulnya , lebih baik kau pergi secara langsung kepada orang yang kau ada masalah tu . Kan senang . Ni kau buat tambah dosa tu apahal . Fuh . Mesti shok siap boleh bukak meja , hidang jajan kot untuk mengumpat . Di belakang , mengata sampai berlenja lenja , berbuih mulut tu haa . tapi bila kat depan , masyaAllah ! senyap macam tangki Kosan kat belakang hostel saya ni haa . Yang kawan – kawan tukang dengar cerita tu , percaya sebulat – bulatnya . Tiada inisiatif untuk mengetahui hal sebenar . Orang tak bersalah nampak hina . Orang yang bersalah dipandang mulia . Gila terbaik ! Memang saya tabik spring dekat orang macam ni . Ni lah melayu . Tipikal melayu . Malaysia ini rasanya dah jauhhh ke depan jika nak dibandingkan dengan sebelum kemerdekaan tapi mentaliti sesetengah Melayu memang memalukan . menjatuhkan orang lain , mengata belakang , hasad dengki , banyak lagi lah . Nak senarai sampai saya tahun depan pun tak sudah . Manusia oh manusia ! Ingat weh . Kau bukan sentiasa di atas . Sekarang ini boleh lah kau nampak macam suci muci di depan mata rakan – rakan kau tapi satu hari nanti ?! Jadi , renung – renungkan lah dan selamat beramal . Ayat ngeng lagi . sakit tarik bulu kaki . kita cari bulu lain pulak lah ye !


Saya masih dalam proses meredhakan diri dengan kau , kau , kau , kau dan mungkin juga kau dan berubah ke arah kebaikan . acece . ni betul betul kena wax semua bulu !



5 comments:

Izza Hashim said...

x per2..
ak x kish

6ti bile mu dh ad umah, kawin,,
jgn malu2 lar ajk ak g makan tiap2 hari

miramirong said...

haha .
gila .
bila dah kawin , ka mana boleh datang rumah aku :))

nabel lah said...

tarik bulu kaki die!!! da lme nk revenge oihh, xtpu.. stelah 1 sem dicubit jubor,,, aku nk tarik bulu kaki mung..

acap rahman said...

kenangan masa hostel mmg indah.
haha

miramirong said...

haha .
bell !
cool bell cool .
nanti tu lain kali boleh buat .
lagipun tak baik main balas2 ni :))

acap :
tau takpe !
lagi2 pulak kalau first time duk hostel :D