17.12.09

Matang juga akhirnya



Zaman sekolah rendah dulu dulu , bila tiba sambutan Maal Hijrah , fuh . Memang bersemangat . Boleh melawa pergi sekolah , pakai cantik cantik , tak payah pakai baju sekolah . Shokkk! Semua orang memang comel lote . Kasut Bubblegummers berlampu , kasut tinggi bukan main , baju melayu , baju kurung , jubah lah apa lah . Dah jadi macam pertunjukan pakaian beragam . Dari darjah 1 sampai darjah 6 , cikgu ke guru besar ke guru kecik ke semua terlibat . Perbarisan keliling padang je padahal . Bawa sepanduk , selawat ke atas Rasulullah s.a.w . Kemuncut ( entah betul tidak ejaan ) mekar tumbuh . Memang banyak lekat dekat kain . Haih . Tapi tu tidak menjadi penghalang semangat berkobar – kobar nak berarak keliling padang . Lepas penat berarak , ceramah dan persembahan punya giliran . Masa ceramah tu , memang bising . Biasa lah . Budak – budak hingusan kan . Lepas tu , tiba giliran persembahan . Persembahan wajib mesti lah nasyid . Kalau yang kumpulan nasyid perempuan , lipstik merah macam buah saga , siap ada yang terlipstik gigi , blusher selalunya warna merah jambu , tudung mak atau cikgu yang lipatkan , bulat je muka , pakai bunga dekat tudung . Kumpulan nasyid lelaki , mesti pakai kerongsang dekat songkok . Aksesori wajib
mungkin . fuh . Kira cool lah kalau ada atas pentas , nyanyi time tu .

Masuk sekolah menengah , takde dah berarak berarak bagai , takde dah nak mengamuk pagi pagi sebab nak pakai baju raya walaupun mak tak kasi . Sekolah menengah kan tempat untuk budak – budak matang . ces . Sambutan maal hijrah cuma ada ceramah saja . Buat pulak masa perhimpunan hari isnin . Yang ini pelajar sekolah menengah memang suka sebab perhimpunan di extend . Kira subjek lepas perhimpunan tu tiada lah kan . Nak – nak pulak kalau subjek lepas perhimpunan tu adalah subjek add maths atau lk . Memang terserlah wajah kegembiraan ( saya lah ni ) . Patutlah saya tak dapat skor 2 subjek ni . Ok . cukup . Masa ustad duk berceramah dekat depan tu , memang tipu lah kalau saya kata semua orang beri tumpuan dengar . Bohong ! Ustad ceramah dekat depan , ada pelajar yang sibuk buat “ ceramah haram ” dekat dalam barisan . Ok . Cukup . Yang ni tidak boleh diulas lebih lanjut . Tuan punya blog terasa . Kalau yang tidur tu , siap boleh mintak kawan sebelah jadi tempat bersandar . Benda betul ni weh .

Hari ini adalah kali pertama ber 1 Muharram dekat universiti . Sambutan cukup sederhana . Doa awal dan akhir tahun , ceramah dan solat berjemaah . Walaupun ABC ( Allah Beri Cuti – ehem . buat – buat faham ) ditambah lagi dengan hujan anjing dan kucing ( rain cats and dogs ) aka hujan lebat , tetapku gagahkan kaki ke dewan kuliah . Dengan berbaju kurung hijau , berselipar jepun , duduk berlantaikan tikar di dalam bilik yang berhawa dingin , kehujanan . S + E = SE , J + U + K = JUK , SEJUK ! Mata melilau , tengok , meniliti bahagian saf lelaki . Alahai ... Hmmm ( mengangguk sambil mengusap dagu ) Seperti yang ku jangka ...

Saya rasa Maal Hijrah saya yang ke 18 ini cukup memberi kesan . Baru saya betul – betul faham makna Maal Hijrah . Bukan setakat cuma berarak , bukan setakat cuma bernasyid lagu 1 Muharram . Bukan bukan ! Ia mengenai pengijrahan , perubahan ! Adakah saya kini semakin ehem ehem matang ?! Atau mungkin juga disebabkan 1 persoalan daripada penceramah , “ Kita mahu berubah . Tapi bila ?! Bilakah masanya ?! ” Itu harus ditanya diri sendiri . Tepuk dahi , tanya sakit ke tak . Ok . Faham . Itu karut . Abaikan peribahasa tersebut .



SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH , RAKAN RAKAN ! (:




2 comments:

nabel lah said...

nk mature mne g..
da hbs da thp maturity msg2..
jgn pkse2 ah..
hahahahaha..

*nsihat gmpg dr cik bell
xpyh ssa2 pk. ko kwen pown da kre hijrah..
dr bujang kpde bni org.. hahaa.. xke hijrah nmenye 2? xcye bley tnye abg hijrah kt blok b

miramirong said...

choi !
aku baru 18 dah suruh aku kawin !
lempang kang locceng sekor ni :))